Wahai sahabat semua.. Jom wat bisnes bersama ana.. Klik jew niey..

Sekiranya antum semua nak taw sal bisnes nie..
Ym lah ana yerk.. izz_quest@y.c

Pengumuman Kepada sesiapa yang berminat untuk buat business dengan Questnet (Biodisc) sila layari laman blog ini untuk maklumat lanjut www.jutawanbiodisc.blogspot.com.

Sekian, Terima kasih.

Kepada Sahabat Penghafaz Al-Quran
Sahabatku para penghafal al-Quran.
Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut… Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran. Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..
Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah (cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud. Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran. Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah. Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah. Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Wassalam.
|
Amallah Ayat Seribu Dinar
1.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

2.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

3.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
|
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untukmengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapanmalam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya NabiIsmail a.s..
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan jugaanaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusankibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukur Nabi Isa,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang MahaEsa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya SitiMariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaituAllah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..
Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWTmenghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun



|
4 Cara Tidur
TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.



TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk solat malam.


TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.


TIDUR SYAITAN
Menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

|
Rasulullah S.A.W Ajar Umat Islam Hormat Rumah Ibadat Bukan Islam


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang menegaskan :

  • Rasulullah s.a.w. bukan sahaja tidak pernah memaksa masyarakat bukan Islam menganut Islam, malah mengajar umat Islam supaya menghormati rumah-rumah ibadat masyarakat bukan Islam.
  • Hikmah di sebalik suruhan tersebut bertujuan menunjukkan nilai keadilan Islam untuk umatnya dan masyarakat bukan Islam.
  • PAS dari awal bertegas mengutuk pengeboman beberapa gereja dan surau yang dipercayai umum dilakukan oleh pihak tertentu berbangsa Melayu.
  • Walaupun Islam tidak menghalang masyarakat bukan Islam menyebut kalimah ‘Allah’, namun Islam menggalakkan manusia supaya beriman kepada Allah.
  • Islam meletakkan keimanan yang sebenar kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa dan sama sekali tidak menghalang manusia yang tidak beriman kepada Allah dari menyebut nama Allah, bahkan Islam menggalakkan manusia belajar mengesakan Allah
  • Masyarakat bukan Islam mesti diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam secara fitrah kerana naluri fitrah manusia sebenarnya serasi dengan Islam.
  • Fitrah itu iaitu naluri manusia percaya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, yang menjadikan langit dan bumi, Allah yang menenangkan jiwa manusia, sama ada Islam atau bukan Islam.
Oleh kerana Islam itu agama fitrah dan jiwa (serta) akal manusia pun secara fitrah pun terima wujudnya Tuhan yang Maha Esa mencipta alam ini, maka manusia yang ada fitrah perlu diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam.
|
Isu AJL 24.
Ada apa pada AJL 24?

Salam... disini saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian mengenai isu AJL 24. Saya juga mendapat maklumat ini daripada blog seorang hamba allah iaitu di blog ini http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com. Silalah baca dan hayati betul2 tentang isu ini.
Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengajamenampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?


Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Anda boleh melihat video ini di youtube bertajuk (The Arrivals. ap 13)
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
di tali gitar


ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orangguitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
[shot0080.png]
[shot0081.png]
Cuba anda perhatikan piramid diatas tulisan SEARCH. Ianya sama dengan Illuminati yang telah dinyatakan diatas. Semoga anda semua mendapat info yang berguna kali ini daripada saya. Wassalam.

Sekadar penambahan. Terima Kasih.

Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 11 Januari 2010
|
Cerita Lucu.
Pengemis Tua di depan Kampus UITM.

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya
dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang... Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*
|
Mendapat Doa Malaikat.
Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat".

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan".

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak..."

10. Orang yang sedang makan sahur.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
|
Hukum Menampal Dara.

Dara merupakan satu mahkota yang amat penting bagi setiap wanita.Sehingga kan pada zaman Melayu terdahulu,wanita yang kehilangan dara sebelum kahwin amat dikeji dalam masyarakat.Tetapi amat berbeza dengan zaman sekarang.Kecanggihan teknologi perubatan boleh menampal kembali dara sehingga masyarakat zaman sekarang berani untuk melakukan hubungan kelamin sebelum kahwin.Dengan kecanggihan teknologi perubatan ini,timbul persoalan.Adakah dibolehkan menampal kembali dara?

Para fuqaha' zaman sekarang berbeza pendapat dalam menentukan hukum mengembalikan semula, mencantum atau menampal selaput dara yang telah terkoyak.

Pendapat Pertama

Tidak harus sama sekali menampal semula dara yang telah terkoyah. Ia merupakan pendapat Syaikh Izzuddin Attamimi dan Dr Muhammad Mukhtar Assyinqiti dan ramai lagi.

Pendapat Kedua

Harus menampal semula jika ianya terkoyak ketika usia muda disebabkan selain daripada perbuatan persetubuhan, dan harus juga bagi wanita yang telah berkahwin menurut kehendak suaminya. Pendapat ini dikemukakan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Assalammi.

Pendapat Ketiga

Harus menampal semula dalam keadaan berikut:

i) Jika koyakan terjadi disebabkan kejadian atau kemalangan ketika kecil ataupun dewasa
ii) Jika koyakan disebabkan keadaan memaksa seperti pendarahan, pembedahan atau lompatan yang tinggi dan panjang atau diseksa dengan dimasukkan kayu dsb.
iii) Jika koyakan kerana dipaksa berzina. Jika zina sukarela, haram dikembalikan.

Pendapat ini disebutkan oleh Dr Taufiq Al-Wa'

Pendapat Keempat

Harus menampal semula dalam keadaan berikut:

i) Jika koyakan berlaku disebabkan kemalangan atau perbuatan yang bukan maksiat dan bukan dengan persetubuhan selepas aqad nikah.
ii) Jika mengikut sangkaan yang kuat, wanita tersebut akan menerima kezaliman dan dituduh berzina mengikut 'uruf dan adat tempatan, maka hukum menampalnya adalah wajib. Jika sangkaan biasa sahaja maka hukumnya sunat.
iii) Jika koyakan disebabkan zina yang tidak diketahui umum, maka doktor/jururawat boleh memilih untuk menampal atau tidak, dan menampal lebih afdhal. Akan tetapi haram menampalnya jika zina sudah diketahui umum samaada berlaku hukuman atau tidak.

Pendapat ini disebutkan oleh Dr Muhammad Naim Yasin

Penutup

Perbincangan dalil ana tidak sebutkan di sini kerana bukanlah tempatnya. Namun begitu pendapat yang dilihat kuat adalah pendapat yang mengatakan haram bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar dan rosaknya masyarakat pada zaman sekarang dengan penzinaan yang berleluasa. Moga Allah hindarkan dan selamatkan kita dan keluarga kita daripada fitnah tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

|
Sekadar Renungan dan Peringatan.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali ......

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada empat dipandang sebagai ibu, iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT MEMBUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Fajr : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Duhr : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asr : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
|
TIPS MENGAWAL DAYA INGATAN
Assalamualaikum semua
di sini ada beberapa tips kuatkan daya ingatan
especially untk pelajar2 yg perlu mengingati al-quran, fakta2 dan formula

1)Membaca Al-Quran
2)Mengawal tekanan
3)Berhati-hati ambil vitamin atau makanan tambahan
4)Bersenam
bersenam dapat menggerakkan otot2 dan melancarkan peredaran darah ke otak.
Oleh itu, daya ingatan kita jg akan menjadi lbh baik. Amalkan senaman
walaupun berjalan.
5)Elakkan kemurungan
6)Awasi pengambilan ubat
7)Belajar sesuatu yg baru
8)Banyak membaca
9)Katakan berulang kali
10)Fokus
11)Bermain dgn angka
12)Amalkan tidur yg cukup

|
Bismillahhirrahmanirrahim.

Sedar x sedar...bahawasanya kita sekarang sudah melangkah ke bulan 2 mengikut kiraan kalendar hijri yang berdasarkan tahun Qamariah iaitu Bulan Safar.Sekadar perkongsian dengan semua...Safar dalam erti katanya bermaksud KOSONG.Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.Ada pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Safar ini.....

Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Safar ialah:-

1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

2. Kebenaran berperang : Ianya dilaksanakan pada tahun kedua Hijrah, peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah ‘Wudan’ atau ‘Abwak’ bagi menentang kekufuran.

3. Peperangan ‘Bik Ma’unah’ : Ianya berlaku pada tahun keempat Hijrah, di bawah pimpinan Al Munzir bin ‘Amr As Sa’idiy yang ditugaskan untuk berda’wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al Quran kepada Bani 'Amir. Disertai oleh 40 orang sahabat Baginda saw.

4. Trajidi Ar Raji’ : Berlaku pada tahun ketiga Hijrah (atau keeempat pada satu pendapat). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus bagi mengajar tentang agama Islam kepada kaum ‘Udal dan Al Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar Raji’ di daerah ‘Usfan ( kawasan di antara Mekah dan Madinah ). Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin ‘Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin Ad Dathanah. Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin ‘Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka’at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

5. Pembukaan Khaibar ( kubu orang Yahudi ) : Ianya pada tahun ketujuh Hijrah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke 13 Hijrah di pinggiran bandar Damascus, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al Walid.

7. Perlantikan ‘Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al Ayyubiy pada 27hb. Safar 589 Hijrah.

9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijrah. Di sana terbunuhnya Khalifah ‘Abbasiah Al Mu’tasim Billah, ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam dengan kemusnahan beribu-ribu kitab Islam.


...........الله تعالى أعلم..............
|
Apa yang menyebabkan Produk dari Questnet Luar Biasa.?
  • Syarikat Multinasional yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai ibu pejabat di 202 buah negara.
  • Mempunyai kereta Formula 1 sendiri, menaja pasukan bola sepak Brazil & perlawanan Badminton Dunia.
  • Mempunyai komitmen dan hanya bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti IBF, Formula GP, Komanwel, University Al-Azhar, Pasukan Bola Sepak Brazil, Ketua-ketua negara ke-3.
  • Memberi sumbangan dana berbilion dolar kepada negara yang dilanda bencana seperti Tsunami (Thailand & Indonesia)
  • Jaringan perniagaan di seluruh dunia (Universal).
  • Mempunyai 32 anak Syarikat bertaraf Multibillion Nasional di seluruh negara.
Dengan memiliki Biodisc, anda akan dapat kelebihan apabila secara terus akan diberikan lesen untuk menjadi Wakil Syarikat kami.

Kelebihan Wakil Syarikat.

  1. Memiliki peluang sama rata sebagai Pemilik Syarikat
  2. Dapat memiliki Biz berkonsepkan CRP.
  3. Anda bos, anda CEO dan tiada lagi tekanan.
  4. Pendapatan sehingga tahap memiliki Keewangan Bebas.
  5. Dibayar dalam USD.
|
Antara penyakit yang telah berjaya dirawat menggunakan Biodisc.
  1. Kencing manis
  2. Darah tinggi
  3. Migrain
  4. Asma (Lelah)
  5. Lumpuh
  6. Saraf
  7. Batu karang
  8. Kanser
  9. Sakit jantung kecuali jantung berlubang
  10. Gout
  11. Sengugut
  12. Buah pinggang
  13. Barah Payudara
  14. Susah tidur
  15. Strok.
|
Keutuhan Syarikat Questnet
Salam... Tahukah anda bahawa Syarikat Questnet adalah sebuah syarikat yang kukuh dan stabil tidak kira sama ada semasa kegawatan ekonomi dunia. Kegawatan ekonomi kemuncak 2010 tidak akan menggugat syarikat malahan juga tidak menjejaskan kami. Lihatlah betapa seriusnya kami dalam dunia perniagaan. Qi mempunyai lebih 32 jaringan perniagaan. Selain itu, Qi mempunyai komitmen yang sangat tinggi dalam pembangunan syarikat dan menjalin hubungan dengan kerajaan dan juga badan NGO antarabangsa.

Questnet Malaysia sedang mencari rakan kongsi baru yang serius ingin menerima pendapatan USD 1000-4000 seminggu .

Inilah peluang anda. Jangan sampai anda ketinggalan. Marilah bersama saya menggempur Kelantan yang masih fresh lagi setakat ini. Rebutlah peluang yang ada dengan secepat mungkin.
Maklumat lanjut layari www.jutawanbiodisc.blogspot.com
|

Radio Suriafm

"Hakcipta Terpelihara"

Setiap artikel, gambar dan maklumat lain yang disiarkan di blog Hidup Didunia Hanya Sementara adalah bertujuan untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca dan blogger. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan mana-mana artikel, gambar dan maklumat yang terdapat disini tetapi mestilah disertakan alamat blog ini untuk memudahkan proses rujukan kepada pembaca yang lain. Pembaca dan blogger sama sekali tidak dibenarkan menggunakn mana-mana artikel, gambar dan maklumat dalam blog ini untuk tujuan komersil tanpa mendapat keizinan daripada penulis @ admin blog ini terlebih dahulu. Sekian, Terima kasih.



  • Pengumuman..!!!

    Sesi Penerangan Questnet (Biodisc)


    Masa Itu Emas

    Berita Terkini

    Jejak Pengunjung

    Peta Jejak Pengunjung

    Iklan

    Make Money On Blog